Thursday, July 7, 2011

[iPad MySuperKids] Cabaran 1 : Kelahiran naluri seorang ibu

Tahukah anda ?
Kelahiran merupakan permulaan kepada sebuah kehidupan... 

Tahukah anda ?
"The moment a child is born, the mother is also born"...

Kelahiran sangat senonim dengan kelahiran anak,  tetapi sangat jarang dikaitkan dengan kelahiran seorang insan yang bergelar Ibu. Makna kelahiran dari perspektif seorang ibu, dengan erti yang sebenar adalah lahirnya naluri seorang ibu, seorang wanita hebat yang punya semangat juang yang tinggi, rela berkorban, jasad dan nyawa demi memberikan kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.

Tidak kira berapa ramai sekali pun anak yang dilahirkan, setiap pengalaman detik kelahiran seorang ibu akan sentiasa berbeza-beza... Walau berapa kali pun dah bersalin, takutnya tetap sama kan?
Perjuangan Kelahiran : 
Pengalaman kelahiran anak pertama, Damia dipermudahkan secara normal tatkala berjauhan dengan suami tercinta... Damia tahu momma berjuangan berseorangan sebab itu selepas 3 jam pecah ketuban, 3-4 kali meneran, Damia mudah dilahirkan. 


Berbeza pula dengan anak ke-2, Dzakirah. Persedian awal agar suami disisi semasa menyambut anak ke-2 diuji dengan Momma mengalami demam panas & rasa sakit sgt nak bangun... Maka, kene admitted & monitor with antibiotic. Kene drip, 3x jarum gagal dimasukkan...Tuhan sahaja yang tahu sakitnya... Nasib baik yg ke-4 tu nurse dia expert. Esoknya sesudah air ketuban dipecahkan pada 9.30am, tunggu... punya tunggu.. punya tunggu... bukaan tak bukak-bukak walaupun setelah 12 jam. Doktor advice that we have to do c-section sbb takut kepala baby terbelit dgn tali pusat, and that's may be a reason why kepala baby tak nak turun... Momma & abah pasrah. Skali lagi momma diuji bila abah tidah dibenarkan ikut momma ke operation room. Setelah dibius dan dibelah Dzakirah selamat dilahirkan dengan berat 3.5kg. Kalo Damia lahir pada jam 8.52 pagi, Dzakirah pula pada jam 8.54 malam. Subhanallah!! 


Perjuangan Penyusuan : 
Ianya tidak semudah 1,2,3.. selak dan suakan payudara ke mulut anak... semuanya memerlukan ilmu. Sejurus kelahiran perjuangan penyusuan anak bermula demi mengelakkan anak terkena Jaundice. Penyusuan yang kerap sangat digalakkan.. tetapi jika diduga anak terkena jaundice, si ibu perlu kuat dan sabar untuk meneruskan penyusuan. Walaupun si anak tidur si ibu perlu kejutkan anak agar menyusu... Itu sebab si ibu perlu gali ilmu agar  dengan ilmu si ibu yang terlahir punya keazaman dan semangat juang yang tinggi... tahu untuk bertindak apa nak buat, walau besar mana dugaan melanda.

Breastfeed anyway, everywhere...
Dengan ilmu si ibu tak akan malu untuk breastfeed anak di public... 

Walau hatta terpaksa berjauhan dari anak-anak, demi memenuhi tugas sebagai ibu yang bekerjaya, perjuangan penyusuan tetap boleh dijalankan. Asal si ibu nak, semua boleh buat!!
 Cabaran EBM Korea
Tak terlintas di fikiran akan punya kekuatan & semangat juang untuk meneruskan penyusuan walupun terpaksa travel ke luar negara

 gigih mengepam walaupun di bilik meeting

 

Sedia berkorban :
Sentiasa mendahulukan keperluan anak-anak daripada keperluan dirinya sendiri... Ibu sejati adalah ibu yang sedia berkorban walau apa pun yang berlaku pada anak-anak dan dirinya. Korban tidurnya demi menjaga anak yang sakit, sedia berkampung dihospital jika anak ditahan malah rela diganggu waktu makannya apabila si anak sakit perut untuk nguk nguk...

Walaupun penat seharian bekerja, dirumah sambung melayan kerenah anak-anak yang bermacam-macam seperti kat bawah tuh...


Kasih ibu sejati itu berpanjangan :
Kadang-kadang ianya tidak dapat dilihat dengan jelas... Kasih sayang seorang ibu adalah anugerah Allah yang amat bernilai hatta walaupun si anak-anak nakal atau menyepahkan seluruh rumah dengan bedak... si ibu tetap layan kerenah si anak... heheh geram memang geram tapi kekadang klakor pun ada

sangat menguji kesabaran si ibu
tapi...
semua dugaan, kenakalan mahupun apa jua perangai anak yang menguji kesabaran akan terbalas apabila melihat keletah anak-anak... 
senyuman anak-anak


Malah jika mereka menunjukkan semangat juangan untuk belajar, memahami dan mengambil hati... segala dugaan yang melanda akan hilang dari bebanan bahu si ibu...

 Skrang kakak sudah pandai berwuduk & solat sendiri tanpa disuruh
Alhamdulillah...

 sangat tekun bila menulis dan menconteng 

Sangat fokus bila buat flashcard

Kelahiran naluri seorang ibu
PRECIOUS
Syukur Alhamdulillah Ya Allah 
diberi kesempatan merasai & melaluinya
Semoga diri ini sentiasa diberi kekuatan & kesabaran Ya Allah untuk melaluinya

“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh  
Nor Haryati Yahaya

12 comments:

juanita said...

Dasattt nyeee ebm dia masa kat korea tu. Cooler box tu bawak dari mesia ke..

JOm join

http://www.tetikusrusak.net/contest-aku-mahu-jadi-ratu/

AinulMalik said...

menjadi ibu mendidik hati menjadi kuat..syabas alin!really proud of u!

nur said...

tahniah.. sungguh kagum dngan penulisan seorang ibu.. mulia..

Mama Ammar @ Nor Haryati Yahaya said...

Puan peserta, ini komen saya:
Satu entry yang menyentuh hati...terasa bangga dengan semangat jati diri dan pengorbanan Alin utk pastikan anak2nya dapat yang the best...penggunaan ayat yang simple dan santai yang mudah difahami...dengan adanya entry sebegini menaikkan semangat lagi ibu2 di luar sana utk terus BF kan anak2 memasing. harap alin akan terus aktif ber'blog' :)
Semoga Berjaya!!!

Nur-nba said...

Salam. Kagumnya dengan keazaman, pengorbanan dan kesungguhan Kak Alin memberi yang terbaik untuk anak2 kesayangannya. Semoga entri ini dapat menjadi contoh pada kita semua. Tahniah!!

alinalan said...

@ Nor Hayati - Terima kasih cik juri atas komen yg membina.

alinalan said...

@ Nur-nba, Nur, Mama Aiman, Juanita -
Semua ibu adalah ibu yang hebat utk anak masing2... Semoga semua ibu2 sentiasa diberikan kesabaran & ketabahan dalam berjuang menjadi ibu yang terhebat disisi Allah s.w.t

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

wahhhh!!! sy sgt kagum ok dgn usaha anda..pling kagum pam dlm meting rum..bawa ebm naik flight...
urhh....sgt besar pengorbanan anda.

btw anak anda comel2..;)

ok.done.sy follow anda..anda mmg best!

Manual pump vs. Electric pump??

faizah said...

Kagum sgt2... plus tgh hasil perahan kt korea tuh...skali pump dpt bape tuh kak alin??

alinalan said...

@ Elin - thanks elin.. salam perkenalan.. kt semua ibu yg hebat kpd anak2 kita!!! ingat tau!!

alinalan said...

@ faizah's - dek kerana meeting memanjang 8.30am - 5.30pm. mampu pump masa rehat & sambung bila balik ke hotel... tu yg hasil lumayan sket.. tapi long term tak bleh buat camni selalu... takut cik b merajuk nnti...

eRiNsZ said...

salam knal.. dtg jengah dan kutip ilmu... congrats dear.. moga saya jua ibu terbaik bat anak-anakku

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India