Sunday, July 31, 2011

PERADUAN DUNIA SUSU IBU 2011


Kategori: 9. Travel menggunakan perkhidmatan awam (kapal terbang, teksi, bas dll)
Tarikh Lahir Anak: 1 April 2010
Entri / Keterangan (berdasarkan kategori yang dipilih):

Penyusuan semasa travel overseas bukan suatu yang mustahil... Alhamdulillah dengan izin Allah momma berkesempatan melaluinya, bukan sekali tapi 2 kali pengalaman yang berbeza-beza dan cabaran yang dilalui terutama skali semasa perjalanan membawa pulang EBM beku ke Malaysia dari Korea. Bayangkan perjalanan dari Ulsan ke Gimpo ke Incheon dan kemudian baru ke Malaysia... Banyak pit stop yang perlu dilalui sebelum tiba ke garisan penamat. 1st trip paling super duper mencabar dari 2nd trip. 

Ini adalah perkongsian pengalaman penyusuan momma sebagai seorang ibu yang berkerjaya. If momma can do it, i believe semua ibu-ibu juga BOLEH!!! Anda yang "PILIH" dan "TENTUKAN" apa yang anda mahu dan apa yang terbaik untuk anak-anak anda. Kita hanya mampu berusaha dan meminta pada yang Esa. Selebihnya biar Allah yang tentukan. Setidak-tidaknya kita  tahu kita telah mencuba dan berusaha yang terbaik. Semoga menjadi panduan dan menyuntik semangat anda untuk berusaha meneruskan penyusuan walaupun terpaksa travel diluar/dalam negara dek kerana tanggungjawab kerjaya.

1st Trip ~ Travel Day
Apa yang berlaku semasa penyusuan dan travel (masalah / cabaran dll)
Bengkak Susu semasa Travel Day - Since its 1st time momma ke Korea, kalo boleh momma tak mahu bawa any cecair masuk Korea, sebab takut kena tahan dan hasil perahan akan dirampas dan dibuang ke dalam tong sampah... Persiapan momma agak kelam kabut. Bayangkan seawal 5am dah bangun dan packing barang >> pukul 11am pagi dah terpacak di LCCT >> Pukul 1.55pm flight ke Incheon berlepas... momma hanya sempat menyusu direct lil Dzakirah kul 6am, after that no more until momma naik flight. Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya dada ni... 

So sebab dah tak tahan sangat momma decide "bertafakur" dalam toilet AirAsiaX... ada dlm 15min kot. Dengan hanya Teknik Marmet (perah guna tangan jer sbb dah tak tahan sakit gilerrr...) tu pun momma buat asal rasa kurang sakit, rasa cam susu ada lagi.. Sebab takut kena buang nanti, Tu pasal tak nak perah habis... Lihat ler hasilnya... Lagi berat nak buang... sayang giler. So momma decide simpan jer dalam handbag. So tawakal. Kalo disuruh buang baru buang. So tak rasa terkilan sangat.
 
 Hasil perahan tangan 7oz dalam AirAsiaX

Dalam kul 9.30pm kami selamat sampai Incheon International Airport. Alhamdulillah. Kastam Korea tak strick sangat. So susu perahan selamat masuk ke Korea. tong coolman yang biru tuh pun lepas.

 Momma bersama bag susu momma... My bestfren forever!

Tepat jam 10.30pm kami sampai hotel di Incheon. Pastu jalan2 jap nak cari makan, tapi hampa, malam tuh kami hanya makan biskut vege jer. Alhamdulillah... dari takde apa-apa. Kul 11.45pm baru momma dapat mengepam puas-puas. Hasilnya 20oz. Menggunakan  pump via battery operated. Akhirnya manage to use Ameda nya battery option secara fully.  Plug kat Korea tak sama dengan Malaysia yer, so kena guna adapter.  But momma pilih untuk menggunakan battery. Ada dlm 3 dozen battery Energizer momma bawa from Malaysia. Tak sempat amik gambar dah terlelap sampai ke pagi... Betapa penatnya... bayangkan lebih dari 12jam travel.

Lesson learnt
  • Mesti menyusukan anak anda sebelum bertolak naik flight.. bagi jer selagi anak anda nak...
  • 1st time, so nak mengepam sbelah rakan sekerja pun malu kan... so haruslah ke toilet. Nasib ler toilet kapal terbang ni bersih... Next time harus gunakan nursing cover untuk mengepam di dalam flight so that tak yah ke Toilet...& as long kita tutup, tak rasa malu kan...

    1st Trip ~ Hari ke-2
    Kalo semasa travel day, cabarannya bengkak susu (rujuk sini). Hari ke-2 rupanya lebih mencabar sebab momma telah ada EBM yang telah diperah dan perlu untuk dibawa sehingga sampai di Hyundai Hotel, Ulsan. Hari ke-2 seawal 6.30am kami telah check-out from Oceanside Hotel dan bergerak ke Gimpo Airport. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit - 1 jam. Tepat jam 7.35am kami tiba di Gimpo Airport dan terus check-in. Flight schedule 9.30am via Asiana Airline. 

    Giler, pemeriksaan kastam dia strick, siap kene bukak kasut, baju sejuk dan laptop kene bawak kuar. Risau jer EBM momma tak lepas. Alhamdulillah lepas lagi. Lepas tu, check kat board, flight kami telah dicancel dan reschedule to 12.30pm. Ni gara-gara kabus tebal dan kapal terbang tak boleh berlepas. Time tu tak fikir lain, abis la EBM momma. Since kuar awal pagi tak sempat nak pump before bertolak. Kul 10.00am dah tak tahan, bengkak susu lagi. Sib baik jumpa ais kat kedai dalam airport tuh. Then jumpa plak nursing room dekat tempat kami menunggu tuh. So apa lagi... buat projek la kita!!

     Projek pumping bermula lagi menggunakan battery operated, 
    sangat mudah!! pasang & start pump...
    Air Mineral mesti ada untuk menggantikan air susu yang telah diperah.
    Pump sampai terpaksa tukar botol... hanya guna botol 5oz
    Hasilnya 10oz... Alhamdulillah

    Hasil perahan dalam botol kemudian ditransfer ke dalam storage bag 
    cooler bag dah penuh. 
    Total ada 4 storage bag tuh... maner nak sumbat ais lagi
    ais tu harganya 2500 won satu paket
    Kul 11.45am kami kononnak bergerak g boarding skali check punye check flight dah cancel lama and kami tak perasan pengumuman dibuat... maklum ler dalam bahasa Korea maner faham beb!!  Masalah besar... Flight yang ada cuma kul 5.30pm. Tu pun macam tak confirm. Pastu kami mintak tukar from Asiana Airline to Korean Airline. Available flight yang ada kul 4pm. Ya Allah dugaan sungguh. Momma dah tawakal jer takut kalo EBM yang ada tu rosak. Ada la 8 jam kot kami menunggu sebelum berlepas ke Ulsan pada jam 4pm dengan Korean Airline. Habis ais cair dan terpaksa beli lagi dan ganti dalam cooler bag. Kul 5pm kami mendarat di Ulsan Airport dan dalam 5.30pm kami tiba di Hyundai Hotel, Ulsan. 11 jam travel for 2nd day.

     Coolerbox yang dibalut from LCCT akhirnya dibuka...
    EBM kemudian diletakkan dalam coolerbox yang kecil untuk mencari tempat berlindung di Hyundai Hotel Kitchen...

     Setelah puas memohon dan "merayu" akhirnya EBM dapat tempat berlindung 
    di Fridge 2 pintu bahagian receptionist office... no kitchen daa...
    Pada masa kejadian hanya ada receptionist lelaki... so dengan paksaan momma suh dia make sure mum's milk to wajib frozen if not disaster... 
    Tak sure dia faham ke tak but dia senyum jer...
    So dengan hati yang gumbira, momma melepaskan EBM tuh ke tangan mereka... 
    Then kami pergi Dinner di Pakistan Restoran... 

    Balik dari dinner hati masih tak tenteram sebab tak sure macam maner dorang simpan EBM momma. So dengan muka tak malu lagi mintak izin untuk melihat how they stored EBM momma... 
    Terkejut sebab dorang simpan dengan cooler2box skali... 

    So momma kluarkan all the EBM dan chiller from the coolerbox.

    Make sure tulis nama dan no bilik kat situ tau... 

    Pastu put note "Breastmilk inside - Please do not Move!" 

    haha sesuka jer kan macam harta sendiri

    kui kui kui...


    EBM perahan di malam hari lepas dinner... 14oz ... Alhamdulillah
    Hari nih hanya memerah 2x jer
    sakit dek bengkak susu Tuhan sahaja yang tahu!

    Alhamdulillah berjaya sudah misi mencari tempat menyimpan EBM... Tak mudah yer nak buat orang lain faham!! Yang penting jangan putus asa, Sentiasa memohon pada yang Esa agar dipermudahkan... 

    Lesson learnt
    • Jika flight delay, cari ais pack dikedai berhampiran untuk menggantikan ais pack dlm cooler bag.
    • Gunakan botol susu 8oz instead of 5oz. Penukaran botol boleh mengganggu letdown.
    • Fridge di bilik hotel normally satu pintu & biasa jika kita keluar bilik bekalan elektrik ke fridge tu masih ada, tak hilang yer.. if not kena cari fridge lain untuk simpan EBM walupun anda hanya travel 1-3 hari.
    • Untuk mencari tempat simpan EBM dihotel, kita kena jadi "degil" untuk memastikan EBM kita yang disimpan benar-benar selamat. Kebiasaannya hotel tak akan bagi simpan dalam freezer kitchen dan tak akan bagi kita masuk kawasan kitchen. Anda kena bijak berkata-kata. Kalau dapat, anda kena tahu condition dalam freezer mereka bagaimana... ada bercampur daging ker??? Sangat penting yer!!
    • Tak mudah buat orang lain faham.... Sentiasa Doa.. Doa.. Doa... mintak dipermudahkan setiap apa jua yang kita lakukan... "Pesan nabiku Muhammad ï·º, mintalah apa sahaja pada Allaah walaupun untuk mencari tali kasut yang hilang.~twitter IslamSpeaks
     1st  and 2nd Trip ~ hari ke-3 dan ke-4

    Alhamdulillah berjaya memerah 3x hari ni. Semua hasil perahan disimpan dulu diminibar. Malam baru momma hantar ke fridge kat bawah reception tuh. Alhamdulillah... Esok dah nak pulang, tengah memikirkan cane mahu bawa EBM pulang. Pasti mencabar sebab to make sure EBM tak cair. Lucky kat Hyundai Hotel ni ada machine ais yang besar kat setiap floor so boleh amik free jer seberapa banyak yang momma suka kan? hehhehe lagi skali buat  macam harta sendiri plak. Kalo tidak jenuh nak ke Seven Eleven beli ais.

    Apply lesson learnt from 1st Trip - Semasa 2nd trip, Penggunaan botol 8oz sangat membantu... so let down masa mengepam konsisten sebab tak perlu tukar-tukar botol bila penuh. Thanks to Damia sebab bagi pinjam botol kat momma..

     EBM 2nd Trip. Apply lesson learnt guna botol 8oz... Susu lebih byk dihasilkan
    EBM selepas tiba di Hyundai Hotel, Ulsan Korea
    Mengepam sambil mengusha gamba anak-anak - 13oz

      EBM 2nd trip
    EBM di Hyundai Heavy Industry (HHI) meeting room, Ulsan Korea
    17oz 

      EBM 2nd trip
     EBM di Hyundai Hotel, Ulsan Korea
    Mengepam sambil buat kerja- 8.5oz 
    nampak sangat emo tak stabil kan bila mengepam sambil buat kerja.. 
    Lesson learnt
    • Kena plan awal bagaimana untuk bawa pulang EBM Beku... berapa banyak ais diperlukan, kalo perlu beli anda kena fikir bila nak beli dan dimana nak simpan... 
    • So another tips before booking hotel check kemudahan yang disediakan dan bagaimana kawasan persekitaran area yang anda duduk tuh... ada kemudahan kedai ke tak??

    1st Trip ~ hari ke-5 dan ke-6
    Hari Ke-5 skali lagi Cabaran penyusuan @ Korea bermula. Kalo cabaran during travel day agak mencabar. Tapi cabaran untuk transport the frozen  EBM lagi lagi super duper mencabar. Pagi ni kami akan check-out and bertolak pulang dari Ulsan - ke Gimpo - then ke Incheon. Kami bermalam di Incheon sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Since kena bermalam lagi di Incheon, tu pasal cabaran untuk transport EBM lagi lagi mencabar... Bagaimana mahu mengekalkan EBM beku???! BIG BIG question mark!!

    So benda utama dan yang paling paling penting sudah tentu momma memerlukan AIS so that EBM kekal beku. Bayangkan bagaimana mahu penuhkan coolbox coolman tu dengan ais?? bukan sikit tuh! Alhamdulillah ada ais machine & freeee kat Hyundai hotel tu.
     
     Both coolerbox - kecik & besar diletakkan ais... 
    Bagaimana nak tahu ais tu cukup ke tidak??
    Momma just make sure letak EBM tu semua ditutupi oleh ais. 
    Kira sorok kan all your EBM di bawah ais gitu
    pastu letak garam secukup rasa...

     
     Pastu dah letak semua ebm momma tutup lagi EBM tuh dengan 
    chiller (tahan utk 18 jam) & ais pack (tahan utk 12 jam)

    Pastu tutup dengan tuala yang tebal yer
    so that EBM bawah tuala tuh kekal sejuk & beku
    kasi padat supaya EBM tak bergerak-gerak bila ditonggang terbalik

     Then seal coolerbox tu sesedap hati sampai rasa secure tak akan terbuka 
    walau ditongang terbalik kan
    Lagi satu seal ini juga to protect if ais tu cair, air tak meleleh kluar tau

    Seawal kul 8.30am kami check-out. Alhamdulillah PENERBANGAN dari Ulsan ke Gimpo dengan Asiana Airline tiada lagi delay mahupun cancel. Tepat 11.00am kami berlepas dari Ulsan Airport ke Gimpo Airport. Sampai Gimpo dalam kul 12pm, kemudian kami meneruskan perjalanan ke Incheon dengan TEKSI pula. Sampai Incheon dalam kul 1pm... So bayangkan perjalanan momma dalam 5 jam dengan Frozen EBM. Sampai dihotel semestinya perkara pertama yang dicari tempat perlindungan untuk semua EBM.

     Alhamdulillah jumpa lagi fridge 2 pintu di belakang bilik receptionist hotel

    EBM yang telah selamat mendapat tempat perlindungan untuk 
    1 malam sebelum pulang ke Malaysia
    Thank you Allah... 
    Frozen EBM from Ulsan-Gimpo-Incheon kekal beku sepanjang 5 jam perjalanan
    Tengah pening esoknya cane nak dpt ais yang banyak utk transport frozen EBM from Incheon to Malaysia??? sebab kat hotel tu takde machine ais free macam di Ulsan... Kedai yang berdekatan plak tak jual ais... kitchen hotel pula takde ais katanya ...

    ***
    Penyusuan @ Korea - Day 6

    Kami pulang ke Malaysia dengan menggunakan MasAirline. Flight pukul 11am.  Pagi-pagi bangun check ais semalam yang dari Ulsan masih ada yang beku. cair hanya dalam 30-40%... sangat sangat bersyukur sebab sekurang-kurangnya ada ais dari tiada langsung kan???

    Penyimpanan frozen EBM dilakukan lagi seperti diatas. Cuma bezanya, ais tak sepenuh semalam... Ikutkan plan nak singgah ke E-mart semasa perjalanan ke Airport. Tapi tidak kesampaian... and tak tau cane nak kata...

    Sampai Di Incheon Airport kul 9.45am, sib baik our Managing Director remindkan momma kita kena cari ais before checkin bag. terus berdezub darah... Ya Allah takutnya frozen EBM momma rosak bila sampai di Malaysia. So tak fikir panjang terus mulakan operasi mencari ais di Incheon Airport.

    MasyaAllah tak mudah untuk mencari ais yang dijual seperti di Gimpo Airport. So apa yang momma plan nak beli jer di kedai fast food. Tapi dorang tak jual la pulak!! So terpaksa meminta dan merayu untuk dapatkan ais. Ada 6 buah kedai kot yang momma terjah. Dari 6 buah kedai, 4 jer yang willing untuk "mendermakan" ais mereka. Setiap kedai hanya memberikan ais lebih kurang 1 gelas penuh softdrink tuh.. ada gak yang baik hati bila momma mintak more ais, ada yang say no-no... Many thanks to Dunkin' Donuts, Burger King, LotteRia dan 1 lagi ekslusif restoran yang momma tak faham namanya sebab dalam bahasa Korea! Mesti dorang pelik giler apa yang momma nak buat dengan ais yang banyak tuh... Masa sangat cemburu. Kena ingat kami belum checkin lagi... so bila nak nampak ais tu macam mencair momma bergegas mencari coolerbox semula. 
     

    Ais yang berjaya diperolehi ditaburkan secukup rasa dalam coolerbox

     Ni ais dalam coolerbox yang kecik

     Tengok ler orang Jepun/Korea belakang kawan momma tu memerhatikan jer.. 
    mesti pelik
    Alhamdulillah berjaya juga diseal 
    Momma hanya mampu berdoa dan berdoa sahaja supaya frozen EBM tak rosak!!
    Perjalanan kami akan memakan masa 5 jam ke Malaysia. 
    Target sampai ke Malaysia dalam 4.50pm
    So total travel hours ada dalam 11 jam (dari kul 8am -7pm) sehingga sampai dirumah

     Alhamdulillah berjaya check-in...
    Million thanks to teman-teman sekerja Anuar dan Azizan serta En. Shaiful our MD atas bantuan dan sokongan sepanjang perjalanan penyusuan @ Korea!!!

     Coolerbox selamat tiba dirumah dalam kul 6.30pm

      
    Alhamdulillah tak rosak..cair dlm 5% jer
    Syukur Alhamdulillah.... Thank you Allah

     Selamat disimpan bersama rakan-rakan EBM yang lain... Alhamdulillah

     Tidak dilupakan 2 botol EBM cair dalam coolerbag 
    Project dalam flight masa kul 1pm.. kalo dibiarkan bengkak lagi
    tak tahan rasanya, cukup la kena masa travel day!!

    Selepas selesai dengan EBM terus cari budak kecik nih lagi
    Both anak-anak ceria bila momma pulang kata nenek...  if not monyok jer
    Dalam kereta dua-dua nak duduk dgn mama
    Dzakirah of course mencari hanya yang satu bila sampai rumah
    Lesson learnt
    So untuk ibu-ibu yang bakal travel tak kisah la dalam negeri mahupun luar negara, teruskan breastfeed anywhere... anytime... Semoga perjalanan anda juga dipermudahkan.  Dalam apa jua yang anda buat, lakukan sehabis baik.

    1 comments:

    puanungupunyecerita said...

    sgt terharu part crk ais tu..semua mama adelah org paling gagah untuk anak2 kan..thank share..enjoy BF bile ade geng share experience masg2..TQ

     
    Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India