Thursday, July 15, 2010

Special Giveaway kakyong[dot]com©

Propose hadiah untuk Anis dan Aliya

Aliya akan sambut harijadi ke2 pada 18 Julai 2010..
Anis pula akan sambut harijadi ke 3 pada 8 Ogos 2010..

 

macam-macam ada kat AdikBijak.com

Pertama :
Buku ini mengajak adik-adik mengenali dan memahami 101 akhlak yang boleh dicontohi. "Sesungguhnya pada diri Rasullulah itu contoh ikutan yang paling baik bagi kamu."

Bab-Bab Dirangkumi:
  • Bab 1: Kesempurnaan Iman
  • Bab 2: Mengingati Allah
  • Bab3: Aspek Kebersihan
  • Bab 4: Ilmu dan Amal
  • Bab 5: Urus Masa
  • Bab 6: Menjaga Hubungan Sesama Makhluk
  • Bab 7: Meringankan Beban Saudara
  • Bab 8: Hadiah
  • Bab 9: Melaksanakan Keperluan Hidup
  • Bab 10: Etika Pergaulan
  • Bab 11: Perkara Yang Perlu Dielakkan
  • Bab 12: Membetulkan Niat
  • Bab 13: Mengajak Kepada Kebaikan
Keistimewaan Buku:
  • Mengandungi 101 akhlak Rasulullah yang diambil dari hadis-hadis sahih dan disertakan dengan penerangan maksud hadis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami kanak-kanak
  • Diperkukuhkan dengan Kisah Teladan dari peristiwa yang berlaku semasa zaman nabi, sahabat dan alim ulama
  • Diberikan contoh mudah bagaimana anak-anak dapat mempraktikkan akhlak Rasulullah tersebut
  • Disertakan kata-kata hikmat dan galakkan untuk anak-anak lebih bersemangat
  • Dihiasi dengan ilustrasi yang cantik, ceria dan penuh warna-warni
  • Sesuai untuk pelbagai peringkat umur kanak-kanak
Harga Pasaran : RM32.00
Harga Ahli VIP : RM30.00
Untuk Usia : Umum

 *
*
Kedua :


Buku Siapa Alien? merupakan buku cerita kanak-kanak yang ditulis oleh pengacara dan selebriti terkenal tanah air, Wardina Safiyyah, dan diilustrasikan oleh Raja Pensel Warna Uneh. Siapa Alien menyentuh tentang Alien yang bernama Ali, bagaimana ia turun ke bumi dan berjumpa dengan satu lagi Alien yang sebenarnya adalah seorang manusia! 

Karakter Ali direka untuk menarik minat anak-anak. Sesuatu yang "luar biasa" lebih digemari kanak-kanak dan mencetuskan perasaan ingin tahu berbanding sesuatu yang biasa mereka lihat. Ali adalah karakter yang suka bertanya dan tidak takut mencuba sesuatu yang baru. 

Pengembaraan bersama Ali ke alam angkasa mengajar anak-anak anda mengenali nama-nama planet, juga membawa anak anda untuk mengenali bumi dan alam semesta. Buku ini telah ditulis dengan bahasa yang mudah dan dihiasi dengan ilustrasi yang cantik dan penuh warna warni. Anak anda pasti gemarkan buku hebat ini!

Harga Pasaran : RM19.00
Harga Ahli VIP : RM18.00
Untuk Usia : Umum
Boleh di beli : http://www.adikbijak.com/ref.pl?MN00001 dan juga di kedai2 buku & MPH..tapi takde diskaun macam di AdikBijak

*
*

Ketiga : 

Kad AL-FURQAN mengandungi 48 keping kad yang disusun secara sistematik sebagai alat bantu mengajar Al-Furqan 1 - 3
Keistimewaan produk:
  • Mengandungi 48 keping kad yang sesuai untuk pengajaran Al-Furqan Buku 1 - 4
  • Sesuai untuk pembelajaran anak-anak di rumah, Taska, Tadika, Sekolah Rendah dan Kelas Al-Quran
Set ini mengandungi:
  • 48 keping Kad Tunjuk
Penulis / Penyusun Buku:
Ustaz Kamal Mahyuddin @ Che Awang bin Harun berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Malaya merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam pendidikan Islam dan telah menulis lebih 100 buah buku dalam pelbagai bidang. Beliau merupakan penyusun "Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan" yang telah digunakan secara meluas di Tadik-Tadika dan kelas-kelas Al-Quran seluruh Malaysia sejak 2001.
 

Harga Pasaran : RM15.00
Harga Ahli VIP : RM14.50
Untuk Usia : 1+


*
*

Keempat:

Sistem Al-Furqan telah disusun supaya anak anda dapat membaca Al-Quran dengan cara yang paling mudah, seawal mungkin, cepat dan efektif. Ia dilengkapi dengan kaedah mengajar yang kreatif dan efektif. Terbukti kanak-kanak yang dapat membaca Al-Quran lebih awal, sebelum bersekolah lagi sering mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran, berakhlak mulia dan tenang.
  • Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas
  • Mengikut kaedah fonetik
  • Disusun secara sistematik - 14 huruf lazim diikuti huruf bermakhraj
  • Perkataan bermakna dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab
  • Kemahiran diperkenal secara bertahap
  • Illustrasi dan kad imbasan menarik
Ustaz Kamal Mahyuddin Harun, yang berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada UM merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam pendidikan Islam dan telah menulis lebih daripada 50 tajuk buku pendidikan Islam untuk rujukan sekolah. Sekarang masih mengajar di sekolah YIK dan menjadi Imam merangkap Timbalan Pengerusi Masjid Al-Amin, Kota Bharu.
Set ini mengandungi:
  • 4 Buah Buku
  • 1 CD Audio Panduan Mengajar Efektif
Harga Pasaran : RM36.90
Harga Ahli VIP : RM34
Untuk Usia : 3+

2 comments:

Unknown said...

Momma Mia,
terima kasih atas cadangan.. semua pun best2 belaka....

Unknown said...

btw, link utk banner contest tu ade error.. (bukan error Momma Mia, memang dekat host ade problem..).. kakyong dah betulkan.. nanti amik semula link@code tu yer...
thanks

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India