Monday, May 17, 2010

"Cuti - Cuti di Cherating"

Contest Title : "Cuti - Cuti di Cherating"
Dateline : 19 Mei 2010 jam 11.45 malam
Organise by : Yusra Tour & Travel 
@ http://yusratravel.blogspot.com/2010/05/contest-cuti-cuti-di-cherating.html

"Percutian Impianku di Cherating.."
tidak kurang daripada 80 patah perkataan...
Lama sudah tidak ke cherating... perghh macam slalu pergi jer. Dulu-dulu sebelum kawin, cherating nih la laluan utama Momma ke Kertih untuk urusan kerja. Tapi selepas berkawin sempat juga kami sambut 2nd honeymoon ke Legend cherating. Waktu tuh kandungan pertama kami baru berusia 4 bulan. Since gambar dah kena chilok dengan lappy, so tiada bukti dan tak boleh Momma pilih categori A.

Momma join contest ni sebab "terpana" dengan Yusra Travel & Tour (YTT) closing line suh rebut peluang ni untuk dapatkan percutian indah anda di Cherating kembali berulang.... "KEMBALI BERULANG"... Menarik tertarik kan??! Boleh ler Momma rebut "Percutian Impian... untuk Family Honeymoon pertama after dapat 2nd baby nih...


Percutian Impianku - Impiana Cherating Resort... mesti
  • Punyer hotel dengan pantai berpasir putih yang mengagumkan. Penting sebab kami boleh bermain aliran ombak dan pantai pasir bersama anak-anak seterusnya menjadi kanak-kanak riang semula...
  • Mudah maksudnya tempat senang cari, takde traffic jam, tempat tinggal pula  mestilah mudah untuk gunakan kemudahan-kemudahan yang ada lagi menarik tertarik seperti kolam renang kanak-kanak, jakuzzi untuk Momma dan Abah... Penting supaya kami dan anak-anak tak bosan, sebab kalo bosan nanti anak-anak gelisah dan menangis macam kat bawah tuh.. kami pulak akan menangis melayan tangisan mereka... huhu


  • Best dan unik - Setahu momma turtle watching biasanya hanya di Terengganu. Rupa-rupanya di Cherating pun ada. Perghh... sesuatu pengalaman yang baru tuh kalo dapat peluang turtle watching... Mesti best! Kata orang turtle kalau bertelur selalu menitiskan air mata... sakit agaknya atau turtle sedih akan meninggalkan telur-telurnya... Hanya Tuhan yang tahu. Sangat unik kan? Dapat ler kami ajar kepada anak-anak untuk "Selamatkan penyu kita"


Begitulah "Percutian Impianku di Cherating.." Permintaan Momma tak banyak sebab Momma ada anak-anak yang perlu dijaga dan diberi perhatian, bukan saje-saje nak syok berdua dengan Abah jer. Semoga impian percutian Family Honeymoon kami tercapai.

2 comments:

yusratravel said...

salam Momma Mia,

Trip edu 4ur children..Hmm..interesting tuh..So dah terjah & good luck!

n.b: such a luvly mommy u r..

Momma Mia said...

waalaikummussalam...
tengkiu sudi terjah & oso ur n.b note!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India