As salam mommies...
Alhamdulillah.. alhamdulillah kami bakal mencapai penyusuan 2 tahun pada 1 April 2012 nie. So sempena tu kami nak buat giveaway "Cabaran Penyusuan si Manja Anda". Caranya mudah jer :-
- Terbuka kepada semua ibu-ibu. Yang masih atau sudah tidak menyusu lagi...
- Tinggalkan komen dengan kongsikan apa cabaran terbesar anda dalam perjalananan penyusuan si manja
- Kongsikan juga bagaimana anda atasinya... berjuang atau anda terima seadanya...
- Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah. Berapa cabutan rahsia... suprise suprise, yg pasti lebih dari 3 cabutan... insyaAllah. Jika tiada blog, sila tinggalkan email anda di ruangan komen.
- Giveaway bermula 15.3.12 ~ 15.4.12.
Sharing is caring, caring is loving. Pengalaman anda mungkin dapat membantu ibu-ibu yang lain... Pengalaman anda begitu berharga !! jom jom jom...
Happy Sharing \O/ !!