Sunday, April 15, 2012

Miakididdles Giveaway - Cabaran Penyusuan si Manja Anda?


As salam mommies... 

Alhamdulillah.. alhamdulillah kami bakal mencapai penyusuan 2 tahun pada 1 April 2012 nie. So sempena tu kami nak buat giveaway "Cabaran Penyusuan si Manja Anda". Caranya mudah jer :-
  • Terbuka kepada semua ibu-ibu. Yang masih atau sudah tidak menyusu lagi...
  • Tinggalkan komen dengan kongsikan apa cabaran terbesar anda dalam perjalananan penyusuan si manja
  • Kongsikan juga bagaimana anda atasinya... berjuang atau anda terima seadanya...
  • Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah. Berapa cabutan rahsia... suprise suprise, yg pasti lebih dari 3 cabutan... insyaAllah. Jika tiada blog, sila tinggalkan email anda di ruangan komen.
  • Giveaway bermula 15.3.12 ~ 15.4.12.

Sharing is caring, caring is loving. Pengalaman anda mungkin dapat membantu ibu-ibu yang lain... Pengalaman anda begitu berharga !! jom jom jom...

Happy Sharing \O/ !!

9 comments:

Shy Syaz said...

salam..
saya syazwani, ibu baru yang exclusive bf selama hampir 3 bulan.
blog: http://the-shy-shy.blogspot.com

1) cabaran terbesar anda dalam perjalananan penyusuan si manja
- kekangan masa untuk pumping. saya bekerja sebagai Oracle Consultant, jadi selalu berada di tempat client. saya satu-satunya perempuan dalam team..

- mengatasi cakap-cakap orang lain agar campurkan FM kepada anak

2) bagaimana cara saya mengatasi cabaran ini?
- saya cuma mampu mengepam 2 kali sehari, tengahari dan petang sekali. terpaksa curi-curi masa dengan 'short'kan waktu lunch dan selepas waktu solat. sebab tu saya beli medela fs, walaupun harganya agak mahal..tapi ianya ringan, boleh double-pumping, suction yang lembut & tak menyakitkan dan chargable (so, xperlu terikat dengan power supply). walau apepon, saya cuba sedaya-upaya untuk consistent.

- saya cuba x ambil peduli dengan kata-kata orang lain. yang penting saya dah tanamkan niat untuk beri yang terbaik buat anak, dan yang penting menyusukan anak itu suatu bonding yang tak ternilai harganya..


sekadar berkongsi pengalaman. doakan saya berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun yer..amin..

Dilily said...

Assalamualaikum, blog saya http://lily280477.blogspot.com/ ada cerita serba sedikit cabaran penyusuan baby Zulaiqha yang dah pun sembilan bulan.

Setelah masuk kerja habis berpantang, lebih kurang bulan ke- 4, susu saya drop menurun, yelah mungkin sebab masuk kerja, walau pun saya consistent pumping 3 kali waktu kerja dan sekali dirumah serta direct feeding.

Setelah membuat beberapa carian di internet, banyak komen dan review bagus tentang set penyusuan shaklee, mula-mula was-was jugakkan, tetapi dah taktau buat camne saya terus cari pengedar di area shah alam, terjumpa blog alin, terus order dan setelah beberapa hari alin trus COD trial set for breasfeeding. Hasilnya bulan November susu saya meriah,alahamdulillah. http://lily280477.blogspot.com/2011/11/susu-ibu.html

Malangnya pada pertengahan bulan 12susu kembali merundum, rupa-rupanya saya hamil semula, tapi saya redha kerana berjaya menyusukan Zulaiqha Fully breastfeed selama 6 bulan.

Kini saya masih terus dengan vitamin shaklee dengan set mengandung pula, berbeza rasanya, sebab umur dah lanjut, bila makan shaklee lebih bertenaga, dan merancang berpantang dengan shaklee, So alin, tunggu sms dari akak yer.

Ren Din said...

Assalamualikum.
Sye pun nak join lah.
Anak saya umurnya sekarang dah masuk 1tahun 3bulan. Alhamdulilla, saya masih lagi deberi peluang untuk menyusu anak kecil ni.

Kalau nak dikatakan cabaran, sebenarnya sebagai seorang Stay-At-Home-Mom ni, cabarannya taklah sehebat ibu-ibu yang bekerjaya di luar sana. Baby nak, express dapat. Tak payah pam-pam dan storage. So, cabaran utama saya yang sebenar-benarnya adala nak kekalkan amount susu dalam badan tu. Saya minum susu Anmum Lacta untuk ibu-ibu yang menyusu. Dan saya banyakkan ambil makanan dan minuman yang menambahkan susu sehari-hari macam lobak putih, bayam, susu soya dan mata kucing.

Dan, lagi satu cabaran saya, si anak dah biasa duduk berdua kat rumah dengan ibunya. Maka, dari kecik, gaya penyusuan dia memang macam-macam. Sekejap duduk, sekejap berdiri, gaya summersault, kuak rama-rama, kuak lentang, kuak terbalik, semuanya ada. Dan, dengan kebiasaan, kalau pergi ke mana-mana, macam tu jugaklah gayanya. Dia ikut suka hati dia je nak buat aksi-aksi ganas semasa menyusu. Jadi, solutionnya, setiap kali dia nak susu, saya kena cari bilik menyusu dan kalau di ruma sedara mara, pinjam bilik untuk menyusu.

Insyaallah, kalau Allah berikan sye peluang, saya akan susukan anak ni sampai umur 2 tahun. Dan, saya lihat tumbesaran anak ni, Alhamdulillah, suka saya nak berandaian berkat susu ibu dan doa terhadap Tuhan yang satu.

Jom sama-sama kita berkempen untuk susukan anak-anak kecil kita yer =)

aznain said...

assalamualaikum...tertarik bace komen2 mommy kat atas nih...sejujurnya, aznain belum pernah ada pengalaman lagi, belum ada rezeki untuk mengandung, jauh sama sekali nak menyusukan anak...tp aznain tertarik nak kongsi pengalaman my sister, yang bekerja keras memastikan anak2nya mendapat susu badan, walaupun tak dapat nak fully breastfeeding...

1. cabaran terbesar dalam perjalananan penyusuan si manja
cabaran terbesar yang dapat aznain tgk adalah untuk membahagikan masa mengepam terutama sekali jika hari bekerja, menyimpan susu badan bila mana tiada kemudahan peti ais di tempat kerja, mendapat bos atau ketua jabatan yang tidak memahami kehendak ibu2 untuk mengepam, tiap2 masa suh kerja kerja dan kerja...tiada tempat atau ruang privasi untuk mengepam susu, dan paling menyedihkan bila mana pengeluaran susu berkurangan...orang lain pam sekejap je dapat 8oz, tp my sister...hmmmm...

2. bagaimana atasinya... berjuang atau anda terima seadanya...
my sister...aznain bangga dengannya...dia berjuang untuk pastikan anaknya dapat susu badan...betapa dia telah berhabis ribuan wang ringgit untuk membeli apa jua jenis supplement yang dikatakan boleh membanyakkan susu badan, makan tu, makan ni, sebut sahaja apa jenis pil yang ada, pucuk ulam apa, semua dia telan...tp kuasa tuhan, susu walaupun masih tak bertambah, tp cukuplah untuk memberikan yang terbaik buat anaknya...di tempat kerja, dia cuba untuk curi2 pam dan menyimpan susu di dalam beg khas untuk penyimpanan susu badan...beli ais tu, ais ni, untuk pastikan susu bertahan, mcm2 jenis pek ais yang ada, kat rumah tu, pendek kata tempat beku tu toksah simpan benda lain lah, simpan pek ais jer, dengan susu badan...tempat yang selalu menjadi tempat dia mengepam adalah surau pejabat...nak buat mcm mana...itu sahaja tempat yang tertutup selain tandas...takkan nak pam kat tandas plak kan...bos plak, kalau dia tegur, my sister buat tak tahu je lah, dah nak buat mcm mana, antara kerjaya dan anak, mana satu yang perlu dipilih? bergantung pada keadaan dan situasi jugaklah...

kalau aznain nak cerita, rasa2nya penuh 2 page nih...tp ambik yang mana2 aznain rasa aznain perlu kongsi dengan rakan2 sekalian...

sejujurnya, aznain kagum dgn usaha mommy2 yang berjuang untuk pastikan anak dapat bekalan susu badan yang mencukupi...

dan aznain sendiri jika diberi rezeki untuk ada anak sendiri, aznain nak pastikan aznain beri dia susu badan sepenuhnya...

sekian

DiyaMama said...

Assalamualaikum,
Cabaran terbesar saya dalam breastfeeding ialah apabila my fully breastfed baby was warded twice due to pneumonia & bronchitis. It was a big challenge because my previous two sons who were partially breastfed (and partially on FM) both had clean bills of health. So, how come this fully breastfed one is more prone to illnesses?

Bagaimana mengatasi? By reminding myself to the actual reason why I breastfeed my baby. I.e. to fulfill my obligation as a mother as directed by Allah the almighty :) The story can be read here and here.

Lain2 cabaran adalah juga, like the growth spurt when the demand suddenly went skyrocketing, or when the production went down. But this contest cuma nak cabaran yang terbesar je right?

Thanks :)

youramirah said...

salam,

saya Amirah, mama kepada Arsyad Hadi yang kini berusia 5bulan 2minggu 2 hari.

Cabaran terbesar yang saya hadapi berlaku pada hari ini, di mana saya TERTINGGAL HANDLE PUMP. so saya tak dapat nak pam susu. alternatifnya ialah MARMET. hasilnya tetap meriah, saya lakukan dalam masa 5minit sahaja. gambar ada dalam entry ini http://duniamamapapa.blogspot.com/2012/04/bad-pump-day.html tapi gambar tu baru sekali marmet. =)

tapi tak selesa sebab dah biasa pam, so saya marmet untuk legakan bengkak sahaja.saya bermarmet 3 kali harini & hasilnya seperti pam! pada saya ok, cuma nak cover tangan gaya marmet tu susah sikit la sebab office saya xde nursing room, saya buat di surau saje. segan jugak orang keliling tengok, tapi demi anak, saya gagahkan jugak. =)

pada saya, takde masalah besar kalau takde pam dalam keadaan terdesak macam yang saya hadapi tadi. sebab Allah dah kurniakan kita 2 tangan untuk perah sendiri. hihi.

~ima~ said...

Salam...alin...ima pun nak share sikit cabaran penyusuan my lil Darwisyah yg kini berusia 1thn 9bulan...3 months to go 2 yrs...hee

ketika usianya 4bln mama peti ais 2 pintu telah penuh dgn stok ebm...oleh krn dah penuh sngt 7 biji botol ebm jatuh tergolek n pecah disebabkn terlebih muatan hee..mama sngat sedih n menangis...akhirnya papa belikan deep freezer...

ketika dia mengalami growth spurt ketika usianya 9bln...stok ebm mama hampir berkurangan...mama hampir panik...tetapi mama cpt2 sedar n pulun buat stok balik...alhamdulillah ok kembali..

ketika dia berusia 10bln...stok ebm satu deep freezer hampir2 rosak apabila balik kampung n kat rumah black out...pucat n x terkata masa tu...tapi bila hubby buka deep freezer tu alhamdulillah 90% masih beku lg...

ketika usianya 1thn 3bln dia reject frozen ebm...pening kepala stok ada banyak lagi...tapi mama suruh bibik bagi juga 1 frozen ebm antara fresh milk yg mama perah tu..tp dia minum skit sngt yg ebm frozen yg telah dicairkan tu...

ketika 1thn 4bln..mama dah xde maid hingga skrg...nak cari baru bukan senang...n cabarab hebat betul buat mama...mama telah start further study (part time), as student, as worker (kena hntr kursus), as mommy for 3 kidos, as wife...mama rasa stress sngt sbb darwisyah hanya mahu minum fresh ebm shj...bdn mama terlalu letih utk hasilkan fresh ebm buatnya setiap hari...kdg2 minta pengasuh beri frozen ebm dalam sesi pyusuannya..biasalah minum skit jer...tau plak tu beza...dah besarkan...mama demam bbrp kali dlm tmpoh 1thn 4bln - 1thn 8bln...n begitu struggle utk pump setiap hari utk bekalan esok krn dia reject frozen ebm n mohon doa byk2 kpd Allah agar mama berjaya dlm misi pyusuan darwisyah...Alhamdulillah..

drive dari KL ke JB balik kursus..bawa anak2..masa pergi mr hubby tlg hntrkan...bayangknlah brp kali mama trpaksa brhenti di R&R spnjang prjalanan...my journey ckup mncbr...w/pun mama dah lekakannya dgn beri finger food...hanya skajap jer...dia ok...lps tu dia akn menangis nak duduk kat riba mama yg sdg drive...nak breastfeed n mengempeng...aduhaii anakk...mama ckup stress ketika itu...

pada usia 1thn 8bln dia mula reject fresh ebm pulak...mama try bg dlm feeder cup n cup pulak mybe da boring guna botol susu dia tolak juga...dia hanya nad direct feed...mama plak kerja jauh n sempat nak ke rumah pengasuh utk breastfeed dia...mama tawakal jer n setelah mendapat nasihat drpd my kaunselor laktasi Zatul Hijanah...mama hanya bekalkn dia air vitagen..n minta bbysitter make sure dia minum air yg ckup...bab mkn xde hal...petang sewaktu blk keja n sepanjang malam adalah masa utk dia direct feed n balas dendam...heee...

inilah antara cabaran hebat dlm penyusuan my lil Darwisyah...belum masuk susu tertumpah lg...alhamdulillah semua masih dipermudahkan..

Ned said...

Ohh.. saya pun nak join jugak...

Saya pernah alami zaman stok EBM yang melimpah ruah sehinggakan terbeli deep freezer semata-mata nak simpan EBM yang banyak tu. Malangnya stok yang dlm deep freezer tu semuanya rosak dek kerana tangan kecil anak sulong yang suka main bukak tutup suis deep freezer. Habis semua usaha mengepam susu selama ini. Tinggallah yang stok dalam peti ais biasa sahaja. Malang berganda pulak lepas tu pintu peti ais tu pulak tak tutup rapat. Rosak lagi stok EBM tersayang.

Walaubagaimanapun pada saya yang paling mencabar ialah berpunca dari diri sendiri. Sungguh mencabar rasanya nak menangani masalah malas nak mengepam susu secara konsisten. Seperti yang kita maklum kurang permintaan (pam atau direct feeding) maka kuranglah pengeluaran. Jadi sampai sekarang tak terganti stok-stok yang rosak tu sebab susu pun dah tak semeriah dulu.

Pesanan untuk pembaca dan diri sendiri, rajin-rajinkanlah mengepam susu secara konsisten. Demi anak-anak anda yang disayangi!

Jemputlah singgahlah blog saya, saya ada cerita pasal ini:-

http://www.milkymommy.com.my/cabaran-dalam-penyusuan/

Momma Mia said...

1st blog entry from Pu3, tq dear!!

ok, apa kata kita hantar entry untuk cabaran penyusuan si manja oleh momma mia, cer tengok link ni. http://alinalancontest.blogspot.com/2012/03/miakididdles-giveaway-cabaran-penyusuan.html

aliyah at 13 months. she used to pronounce susu as shushu.

"ini kenangan semasa aliyah berusia 15 bulan, lebih kurang. masa tu aliyah dah minum formula, selang seli dengan susu ibu. pada masa tu, ilmu breastfeeding saya agak kurang, bila dah cukup setahun, rasa nak give up tu memang tinggi la. perlahan- lahan saya wean off aliyah. tak ada masalah pun, dia tak berapa nak demand pun bila saya tak offer. bila saya dan aliyah dah ready, saya pun mula travel untuk kerja. yang pertama pergi banda aceh. walaupun saya dah stop mengepam, saya masih breastfeed aliyah di rumah selepas kerja dan pada waktu malam. jadi, saya tak mahu susu kering begitu saja. saya bawak pam pegi banda aceh, tapi saya tak plan untuk bawak pulang susu yang dipam. saya bangun malam dan subuh untuk pam, dan *insert tears here* buang. emosi saya memang terganggu. rasa kesal, sedih, rasa bodoh pun ada.

tiba hari nak pulang ke KL, saya bersiap awal, mahu lekas pulang. saya tak mahu pun pergi beli souvenirs. kalau boleh subuh2 lagi nak pergi airport. tapi ahli rombongan nak jugak pegi beli souvenir. dan teka? teka la! WE MISSED THE FLIGHT! apa lagi, depan- depan semua orang saya menangis! menangis! menangis! flight banda aceh- kL ni sehari seketul je pulak! satu malam lagi di banda aceh??! orang lain ingat saya sedih pasal anak ditinggal di KL (itu pun betul juga) tapi diaorang tak tau yang saya memang dah emosional pasal buang susu tu! aiyayayaya! bos saya masa tu, ambik keputusan cari flight ke medan, dan ambik pulak flight medan ke KL. bila dah boarding, ada pulak yang gatal mulut bersuara "hai puteri ni, tak sabar ye nak balik KL". saya jawab "saya ada yang tersayang tunggu, i am not sure about you!" lepas jawab gitu, rasa menyesal ok. tapi takla menyesal sangat pasal sebab mamat ni la kitaorang terlepas flight. sibuk sangat nak pegi beli souvenirs! padahal sebulan sekali pegi banda aceh! hmmph!

**disclaimer: saya tiada menyimpan dendam pada mereka yang terlibat. masa tu je hangin. hehe.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India