Miakididdles Giveaway - Cabaran Penyusuan si Manja Anda?
Jemput Sharing and Caring... Pengalaman Anda Begitu Berharga !.
Giveaway - LIKE SuperMak Shoppe
LIKE SuperMak Shoppe untuk Promosi, Tips kesihatan dan Ekslusif update yang Fantas-the-Best

Peraduan Dunia Susu Ibu (siri 1)
Bagaimana anda mengepam dan menguruskan susu ibu perahan di tempat kerja / di rumah.... (Perkongsian dari pengalaman sendiri)
Penyusuan sambil Travel menggunakan perkhidmatan awam (kapal terbang, teksi, bas dll)
Penyusuan semasa travel overseas bukan suatu yang mustahil... Alhamdulillah dengan izin Allah momma berkesempatan melaluinya, bukan sekali tapi 2 kali pengalaman yang berbeza-beza dan cabaran yang dilalui terutama skali semasa perjalanan membawa pulang EBM beku ke Malaysia dari Korea. Bayangkan perjalanan dari Ulsan ke Gimpo ke Incheon dan kemudian baru ke Malaysia...

Kelahiran naluri seorang ibu
Kelahiran sangat senonim dengan kelahiran anak, tetapi sangat jarang dikaitkan dengan kelahiran seorang insan yang bergelar Ibu. Makna kelahiran dari perspektif seorang ibu, dengan erti yang sebenar adalah lahirnya naluri seorang ibu, seorang wanita hebat yang punya semangat juang yang tinggi, rela berkorban, jasad dan nyawa demi memberikan kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.
Sunday, October 31, 2010
Friday, October 29, 2010
"SAAT CERIA SI MANJA BERSAMA MAINAN KEGEMARANNYA"
"SAAT CERIA SI MANJA BERSAMA DATUK/NENEK TERCINTA"
"Catlinaflybaby Celebrates......Beautiful Mom-To-Be"
Kategori (A) Contest Bergambar
Thursday, October 28, 2010
Peraduan Dunia Susu Ibu (siri 1)
(Perkongsian dari pengalaman sendiri)
1. Bagaimana anda mengepam ??!
- Momma menggunakan kaedah "double pumping". So dalam sehari 3x pumping di office MESTI. Terbabas macam maner pun kena ganti semula.
- Jadual pumping momma di pejabat biasa bermula @ 10.30-11am , @ 2.30-3pm dan @ 5.30-6pm. Kebiasaan nye momma akan berjemaah pumping. Rutin ini membuatkan kami akan sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Maklum ler kekadang leka buat kerja sampai terlepas waktu mengepam.
- Kalau dahulu momma pumping di surau, kini tidak lagi. Alhamdulillah kami berjaya memohon bilik penyusuan di pejabat. Ketika nih ada 4 ibu yang ekslusif pumping di pejabat dan 3 lagi ibu yang akan menjejaki langkah kami. InsyaAllah.
- Sebelum sesi pump bermula, momma akan pastikan mata momma ke dinding bilik penyusuan kami. Nak tau mengapa?? Di situ ada ditampal Doa & zikir untuk menyusu. Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Berdoa - Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." Lebih menarik doa dan zikir tu hasil tangan momma dan anak kesayangan. Tak percaya jemput lihat entry di sini.
- Selesai mengepam, Momma akan labelkan dulu susu yang sudah diperah dengan tarikh & masa momma mengepam. Ini penting yer. Momma menggunakan masking tape sebab bila membuat penyimpanan dalam storage bag momma tak perlu lagi untuk membuat label baru. So jimat masa & kos.
- Susu yang sudah dilabelkan akan disimpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama ice pack. Kebiasaannya, hasil penyusuan di 3x di pejabat momma dapat dalam 18-22 oz. Alhamdulillah. Thank you to Allah atas rezeki yang dikurniakan.
- Selesai mengepam & menyimpan, tibalah waktu untuk membersihkan pump yang telah digunkan. Kelebihan Ameda - Lactaline Dual Breastpump adalah tidak banyak parts yang perlu dicuci. Hanya perlu menyuci corong pump dan diagfram pump. Ini sangat ler menjimatkan masa. Siap mencuci bagai, semuanya sedia disimpan di dalam bag penyusuan semula. Mudah kan.
- Apabila di rumah momma lebih gemar menggunakan kaedah tendum pumping - sebelah payudara bagi baby menyusu, sebelah lagi pump. Kebiasaannya hasil perahan momma dalam 5 oz.
- Biasanya sebelum ke pejabat, momma mesti pump 1x. Sejak mula kerja judual pumping kul 3.30am amat susah momma nak follow sebab dah menyusu baring selalu terlelap skali dengan baby.
- Pulang dari pejabat, malamnya momma juga akan pastikan momma tendum pumping 1x before menyusu lil Dzakirah untuk tidur. So total 1 hari momma akan pumping 4-5 kali.
- Pernah juga momma menggunakan Teknik Marmet - Teknik memerah menggunakan tangan. Ini berlaku bila momma tertinggal corong pump di pejabat. Teknik ni memerlukan latihan dan kesabaran yang tinggi dalam melaksanakannya. Bayangkan momma amik masa dalam 15 minit untuk setiap breast... so total 30 minit. Lenguh gak kepala ni menunduk. Tapi alhamdulillah hasilnya... tadaa. Entry penuh disini.
- Susu yang sudah diperah kemudian akan dilabel dan disimpan dibahagian bawah peti sejuk.
- Semasa pulang bermalam di rumah emak, pernah momma terlupa bawa cooler bag dan ice pack. Cuak ler juga. Macam maner nak bawa EBM momma nanti. Nasib baik hubby ada idea. Seeloknya jangan kasi beku EBM tuh sebab mudah untuk bawa travel balik... kalo beku takut cair. Tapi kalo stay lebih dari 3 hari kene la buat beku yer. Seelok-eloknya drive terus balik rumah jangan singgah-singgah.
- Apabila pulang dari pejabat, momma akan pindahkan susu perahan dari cooler bag ke peti sejuk bahagaian bawah dan beku.
- Susu yang disimpan dibahagian bawah peti sejuk akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok. Kebiasaan nyer momma akan bagi 1-2 botol.
- Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu. Kebiasaannya susu perahan yang dalam botol akan dipindahkan ke dalam storage bag dahulu sebelum disimpan.
- Setiap hujung minggu momma akan pindahkan hasil perahan dibahagian beku ke dalam freezer.
Alhamdulillah berjaya memiliki chest freezer ni
Penyimpanan susu perahan tiada masalah tempat lagi...
Stok-stok yang telah disusun semula (in Aug 10')
***
bermula 1 Oktober 2010 dan berakhir pada 31 Oktober 2010.
Jom sharing and caring
tentang pengalaman penyusuan anda
Tuesday, October 26, 2010
GA kiszydolls
Contest I LOVE ICT!
I Love I-CITY sebab ...
... waktu siang terasa cam kat oversee... cam di korea
... malam-malam terasa cam di dunia fantasi... berpesta cahaya
... ada banyak benda yang berwarna warni tak kira siang atau malam
pokok-pokok
binatang-binatang
Terletak di Shah Alam... I-CITY bakal menjadi Taman Antarabangsa
so sesiapa yang duk Shah Alam tapi tak gi I-CITY lagi memang la rugi....