Wednesday, July 7, 2010

PERADUAN "AKU TERIMA NIKAHNYA"


 - Gambar kontroversi. Mengapa semua orang memerhatikan kami??? -

Tanggal 7 Dec 2007, tepat jam 9 malam, lafaz "AKU TERIMA NIKAHNYA..." selamat dilafazkan oleh suamiku tercinta. Alhamdulillah... Azlan + Azlin selamat disatukan. dengan sekali lafaz jer. Debaran semasa menanti ijab dan kabul memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya gerakan badan menceritakan 1001 debaran dilubuk hati kami. Tak percaya?? cuba tengok gambar tu...


Alhamdulillah kami berjaya mengharungi debaran dihati. Rasa syukur kami panjatkan kepada Ilahi. Doa diaminkan semoga rumahtangga kami rukun dan damai... membawa berkat hingga ke akhir hayat. 


Terima kasih abang kerana menerima diri ini seadanya. Sesungguhnya keserasian nama kita Azlan+Azlin membawa kita melangkah lebih jauh hingga ke gerbang perkahwinan. Saat tangan dihulur minta restu, wahhh cukup syahdu pada diri ini... Ternyata bukan ku seorang jer yang rasa, suamiku juga turut merasainya. Sebab tu tanpa disuruh suamiku automatik mencium kepalaku tatkala aku mencium tangan suamiku!!! Perghhh riuh rendah satu rumah suh suamiku bersabar... Tok kadi sekadar tersenyum sinis... hihihi... dorang suka jadikan bab ni isu kan?? kira sensitif laa... tersipu-sipu kami berdua.




Tapi usikan tidak terhenti disitu, sekali lagi suamiku diuji tatkala memakaikan ku gelang hadiah pernikahan seperti gambar kontroversi di atas. Tengok jer la orang-orang sekeliling kami tu... memerhati sambil menanti. Berpeluh peluh suamiku untuk membuka ikatan gelang itu sebelum memakaikan di tangan ku. Selepas itu berpeluh lagi untuk mengikat gelang ditangan ku pula. Kira terkial-kia la juga. Heheh... satu rumah riuh lagi mengusik suamiku. Tersimpu malu suamiku lagi... huhu. Nasihat suamiku untuk bakal-bakal suami kalo ingin memberi gelang kepada isteri practice la dulu untuk buka ikatan gelang dan memasangnya semula...kira latih tubi... wakaka!!


Itulah kisah kami bila "AKU TERIMA NIKAHNYA..."


*
**
*
**
*
**

Me trying my luck


"AKU TERIMA NIKAHNYA... contest"
by Nidza
Due : 31 Julai 2010
to join CLICK HERE
 

2 comments:

Nidza said...

tu lah...kena praktis pakai kan gelang kat tgn mak dulu, baru kat balak isteri...nanti kan keputusannya pada 31 july 2010...

Nidza said...

eh...bkn balak...bakal lah...silap

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India