- Gambar kontroversi. Mengapa semua orang memerhatikan kami??? -
Tanggal 7 Dec 2007, tepat jam 9 malam, lafaz "AKU TERIMA NIKAHNYA..." selamat dilafazkan oleh suamiku tercinta. Alhamdulillah... Azlan + Azlin selamat disatukan. dengan sekali lafaz jer. Debaran semasa menanti ijab dan kabul memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Hanya gerakan badan menceritakan 1001 debaran dilubuk hati kami. Tak percaya?? cuba tengok gambar tu...
Alhamdulillah kami berjaya mengharungi debaran dihati. Rasa syukur kami panjatkan kepada Ilahi. Doa diaminkan semoga rumahtangga kami rukun dan damai... membawa berkat hingga ke akhir hayat.
Terima kasih abang kerana menerima diri ini seadanya. Sesungguhnya keserasian nama kita Azlan+Azlin membawa kita melangkah lebih jauh hingga ke gerbang perkahwinan. Saat tangan dihulur minta restu, wahhh cukup syahdu pada diri ini... Ternyata bukan ku seorang jer yang rasa, suamiku juga turut merasainya. Sebab tu tanpa disuruh suamiku automatik mencium kepalaku tatkala aku mencium tangan suamiku!!! Perghhh riuh rendah satu rumah suh suamiku bersabar... Tok kadi sekadar tersenyum sinis... hihihi... dorang suka jadikan bab ni isu kan?? kira sensitif laa... tersipu-sipu kami berdua.
Itulah kisah kami bila "AKU TERIMA NIKAHNYA..."
*
**
*
**
*
**Me trying my luck
"AKU TERIMA NIKAHNYA... contest"
by Nidza
Due : 31 Julai 2010
to join CLICK HERE
2 comments:
tu lah...kena praktis pakai kan gelang kat tgn mak dulu, baru kat balak isteri...nanti kan keputusannya pada 31 july 2010...
eh...bkn balak...bakal lah...silap
Post a Comment