Thursday, September 18, 2014

TIPS RUMAHTANGGA: Ajaibnya Tangan yang Memasak. Wajib baca !!


"Ikan siakap steam & sayur campur - yummiliciouss"

Tiada apa yang lebih menggembirakan si ibu apabila melihat seisi keluarga kenyang dengan hasil air tangannya sendiri. Namun adakah masakan tersebut ada nilai barakah di sisi Allah?

Berikut adalah tipsnya:

1. Zikrullah (mengingati Allah)
Jika kita memasak sambil disulami zikir-zikir mengingati Allah
"Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar", maka zikir-zikir tersebut akan turut masuk ke dalam perut bersama-sama suapan yang kita makan..

2. Solat
Air tangan tukang masak yang tidak solat tidak berkat!
Oleh kerana itu, ulama' dahulu hampir tidak makan/ langsung tidak makan di luar kerana keraguan terhadap hal ini..
Lihat anak-anak dan suami kita, jika semakin degil, susah mendengar cakap, kasar, suka mengamuk-amuk & sebagainya, maka 'checklist' amalan kita kerana dikhuatiri segalanya itu berpunca dari ketidakpatuhan kita pada suruhan Allah SWT!

3. Tenang
Jangan masak dalam keadaan marah-marah. Bagaimana mungkin datangnya 'cooking with love' atau 'masak dengan hati, masak dengan iman' jika sifat ammarah ini kita bawa ketika masak?? Bagaimana rasa sayang dan cinta terhadap keluarga akan mengalir melalui makanan jika ia diganti dengan rasa marah & sakit hati?? Maka masaklah dalam keadaan tenang..

4. Tidak berleter
Leteran yang menggantikan zikir boleh menjadi racun ke dalam makanan & darah daging yang tumbuh dari makanan tersebut. 
Dalam keadaan tubuh sangat penat pulang dari kerja & hanya bercadang untuk masak 'telur masak kicap' sahaja tetapi tiba-tiba si suami 'request' untuk makan 'ayam rendang' pula??!!
Lalu para ibu, jangan terus memasak untuk mengambil hati suami sambil mulut tak henti-henti berleter:
"eeii, aku penat-penat, dia banyak cekadak plak..tak reti ke orang penat ke hape ke..ingat ni raya ke nak rendang bagai...bla..bla..bla..bla" 

Cakaplah dengan elok kepada pasangan anda, in syaa Allah dia akan memahami.Tidak ada istilah suami mengidam...(rasanya)..

5. Redho
Sukarela memasak dari paksarela memasak akan menatijahkan kesan yang berbeza. Redho akan mendatangkan keikhlasan yang turut mengalir ke dalam 'rezeki' yang kita masak..semoga seluruh ahli keluarga kita bakal memperoleh 'mardhatillah' (keredhaan Allah)

6. Zikir cukup Rezeki
Setelah memasak, dan merasakan juadah kita seperti tidak cukup, amalkan doa ini - lihat gambar zikir
In syaa Allah...makanan tersebut akan terasa cukup bagi semua ahli keluarga..

7. Makan dalam Talam
Jika tidak dapat amalkan setiap hari, cubalah sesekali menukar amalan makan di atas meja kepada makan di bawah beralas tikar..
Usai memasak, cedoklah nasi di atas talam yang kecil/sederhana/besar
(bergantung pada keselesaan ahli keluarga). Makan sama-sama.. suap-menyuap... duduk dekat-dekat...
moga amalan sunnah ini menambah erat & berkat!

8. Doa
Memasak adalah medan untuk kita berdoa:
(Jika isteri yang memasak)*

" Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku memasak ini & beri makan kepada keluargaku..adalah khidmat untuk suamiku.. untuk anak-anakku.... 
Aku bersyukur atas nikmat rezeki ini.. moga ia datang dari sumber yang halal di sisimu ya Allah..
Ya Allah Ya Tuhanku.. 
aku hilangkan dahaga & lapar mereka..
maka Kau hilangkanlah dahaga dan lapar hambaMu ini di akhirat...
Aku penuhi hajat mereka..
Kau penuhilah hajatku di akhirat..
Aku gembirakan mereka..
Kau gembirakanlah aku di akhirat nanti..
moga tangan yang memasak ini, lidah yang berzikir ini dan segala anggota badanku yang menjadi saksi amalan baikku ini akan memberi hujah yang baik buatku di Hari Pembalasan kelak ya Allah.."
(*Bagi suami yang memasak, gantikan kata diri suami kepada isteri)

Semoga kita semua para muslimat menjadi ummahat yang lebih baik dari semalam. Semakin bersemangat untuk menghidangkan suami & anak2 kita dengan hasil juadah air tangan sendiri.!!

Inspirasi dari Alfadhilah Ustazah Noor Laila Aniza 
Motivasi Pagi di Ikim fm 23042013 
7.30am-7.45am..

Friday, October 19, 2012

Info Conway :: Veet It Off dengan Nuffnang!

Hello Nuffnanger!

Apa khabar? Kami mempunyai berita baik kepada anda yang ingin memiliki kulit yang berseri dan selicin sutera! Jenama produk depilatori No. 1 di dunia, Veet baru-baru ini telah melancarkan peraduan eksklusif khas untuk komuniti kami! :D

Anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan, termasuklah wang tunai berjumlah sehingga RM2,300; Samsung Galaxy Tab 2.0, Pandora (bernilai RM800) dan Swarovski (bernilai RM400), serta tidak ketinggalan juga bekalan produk Veet selama setahun (bernilai RM500)!

Untuk memenangi hadiah yang lumayan ini, anda hanya perlu:

  1. Blog dan memberitahu kami “Bagaimana Veet memberi kulit lembut dan licin serta membantu  menyerlahkan keyakinan anda?
  2. Pilih dan ubah semula pakaian anda dengan melipat, mengikat, menggunting ataupun menambah aksesori kepada pakaian tersebut. Jangan lupa untuk sertakan sekali gambar anda sebelum dan selepas pengubahsuaian pakaian tersebut! :D 
  3. Masukkan sekali video-video ini (1 dan 2) ke dalam entri blog anda
  4. Serahkan butiran bersama permalink entri blog anda dalam borang yang disediakan di entri blog kami. Tarikh akhir peraduan ini adalah pada pukul 5.00pm, 24 Oktober 2012(Rabu).

    Mudah sahaja bukan? Tunggu apa lagi?! Ayuh, segera hantar entri anda dan tunjukkan kami kreativiti anda. :D Untuk maklumat lanjut tentang peraduan kami, sila layari laman blog kami di sini. Selamat berblogging! 
    Cheers!
     

Thursday, May 17, 2012

Calling Pemenang bertuah ... Cabaran Penyusuan si Manja

Perhatian!!!
 kepada nama2 yang disenaraikan 

sila email alin your butiran details utk penghantaran hadiah... 
separuh dah pos separuh belum... 
siapa yang belum dapat hadiah sila maklumkan yer... 
takut email anda masuk SPAM....



Monday, April 30, 2012

Miakididdles Giveaway - Cabaran Penyusuan si Manja - RESULT

Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdulillah... dah 30hb April hari ni. Esok genap 2 tahun 1 bulan Dzakirah menyusu susu momma... Masih susah nak terima susu formula lagi dak tecik genius Dzakirah tuh... momma pun dah start tak mengepam dah... 

Cabaran penyusuan yang tiada hentinya.... 

Ribuan ampun maaf kerana keputusan Giveaway - Cabaran Penyusuan si Manja lambat diumumkan... Keputusan sudah ada cuma masa agak terbatas lately nih... Terima kasih diatas penyertaan & perkongsian anda yang sangat2 berharga... 

SubhanAllah... jemput la anda baca dan ke blog supermomies ni. Walau badai melanda mereka tetap sabar & tabah... Semoga kalian diberikan hati yang lebih degil & kuat utk meneruskan penyusuan untuk si Manja dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.

Ibu yang bertuah akan mendapat CD hebat Prof. Dr. Muhaya tentang  Bagaimana Bahagia & Cemerlang Rumahtangga

 dalam Cd ni juga ada menceritakan ttg penyusuan...
semoga mendapat manfaat



Pemenangnya adalah...

*

*

*
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 ANDA SEMUA

Puteri
ShySyaz
Dilily
Ren Din
Aznain
DiyaMama
youramirah
Ima
Ned

sila emailkan butiran anda (nama, alamat, hp) ke
azlin.mohdatan@gmail.com 
utk penghantaran hadiah 
!!!



Sunday, April 15, 2012

Miakididdles Giveaway - Cabaran Penyusuan si Manja Anda?


As salam mommies... 

Alhamdulillah.. alhamdulillah kami bakal mencapai penyusuan 2 tahun pada 1 April 2012 nie. So sempena tu kami nak buat giveaway "Cabaran Penyusuan si Manja Anda". Caranya mudah jer :-
  • Terbuka kepada semua ibu-ibu. Yang masih atau sudah tidak menyusu lagi...
  • Tinggalkan komen dengan kongsikan apa cabaran terbesar anda dalam perjalananan penyusuan si manja
  • Kongsikan juga bagaimana anda atasinya... berjuang atau anda terima seadanya...
  • Pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah. Berapa cabutan rahsia... suprise suprise, yg pasti lebih dari 3 cabutan... insyaAllah. Jika tiada blog, sila tinggalkan email anda di ruangan komen.
  • Giveaway bermula 15.3.12 ~ 15.4.12.

Sharing is caring, caring is loving. Pengalaman anda mungkin dapat membantu ibu-ibu yang lain... Pengalaman anda begitu berharga !! jom jom jom...

Happy Sharing \O/ !!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India