Contest : ' Hadiah Ulangtahun Perkahwinan '
Dateline: 19 June 2010
Organise by : Mama Aqif @ http://tentangaqif.blogspot.com/2010/05/hadiah-ulangtahun-perkahwinan.html
GA : sempena anniversary mama aqif dan jugak kawan2 mama aqif, aunty sherry ngan aunty kee...Selamat anniversary yer semua!!
- Hiasan bilik hasil sentuhan ku... jambangan bunga hasil tangan ibuku -
- Posing di bilik lepas Majlis nikah siap balik kelopak bunga mawar tuh... -
- Posing di bilik lagi lepas majlis kenduri.. huhu -
- Susah senang, panas hujan, kami janji akan harungi bersama -
- Kalo di izinkan Allah, kami memang nak anak ramai macam dlm gamba nih -
Kisah kami bermula sejak kami di matrikulasi Kuala Nerang, Kedah. Kami ditakdirkan sebagai teman satu kelas. Disebabkan keserasian nama kami Azlin-Azlan, kami sering dikenen-kenenkan oleh lecturer account kami Pn Sanisah. Bagaimanapun waktu tu kami tak amik pot sangat dengan usikan lecturer dan kawan-kawan...Siapalah kami di mata pandangan masing-masing.... ahaksss...
Tamat Matrikulasi selepas setahun kami ke universiti. Dia memilih jurusan akaun manakala me memilih jurusan komputer... perbezaan jurusan membuatkan kami memilih haluan masing-masing tapi yang best, kami still keep in touch dengan setiap ahli kelas dan selalu join get-to gether aktiviti reunion kelas sehingga tamat universiti... Bayangkan selama 3 tahun perkenalan tiada bait-bait cinta antara kami.
Sesungguhnya kuasa jodoh antara kami tetap kuat. Selepas 2 tahun bekerja, kami semakin rapat... masih sekadar teman tapi lebih mesra gitew... Masa memula hubby melafazkan sayang, me tak leh terima sebab we oul sekadar teman tapi mesra jer. Tapi kuasa jodoh semua ditangan Tuhan kan. After lebih 44 kali melafazkan sayang, me akhirnya mengambil keputusan untuk lebih serius dan melangkah lebih jauh drp hubungan seorang sahabat. Alhamdulillah hubungan kami direstui kedua-dua keluarga. Kami seterusnya bertunang dan dijabkabul selepas 1 tahun 1/2 menjalin hubungan. Perkahwinan kami sesungguhnya mengejutkan rakan-rakan kelas kami. Semuanya bertanya bila masa pulak kami berchenta nih??? Itulah dia jodoh Tuhan namanya. Semoga perkahwinan kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin!!
0 comments:
Post a Comment