Category B
post/entry on your experience/opinion on breastfeeding
include your review/suggestions on your purchased Adrini’s products.
include a picture of you in Adrini’s products and a links from our sponsors and Adrinis.com
"Tidak ada susu yang lebih baik untuk bayi anda daripada susu ibu. Oleh itu, ibu-ibu digalak terus menyusukan bayi sepenuhnya walaupun terpaksa bekerja semula selepas habis berpantang..."
Itu kata-kata semangat dan peransang for me menyusukan my 2 lovely daughters dengan susu ibu.
Persediaan penyusuan untuk si kakak Damia, agak lambat digali. Bayangkan semasa berpantang baru nak gali... so lesson learnt to bakal-bakal ibu baru jangan follow macam me tau. Apabila habis berpantang dan mula start kerja pelbagai dugaan dan cabaran melanda. Masuk bulan ke-5, susu drop giler. Pelbagai usaha dilakukan, cakap la milk booster apa yang tak makan. Teh herba semua balon. Baunya toksah cakap ler.. telan jer... semuanya untuk simanja Damia. Alhamdulillah Allah mengizinkan me untuk menyusukan Damia sepenuhnya dengan susu ibu sehingga berusia 1 tahun 2 bulan.
Since me seorang ibu yang bekerja, mari ikuti pengalaman pengurusan susu ibu perahan di tempat kerja dan dirumah...
Semasa di pejabat...
- Me menggunakan kaedah "double pumping". So dalam sehari 3x pumping di office MESTI. Terbabas macam maner pun kena ganti semula.
Inilah my best friend
ke hulu kehilir kami sentiasa bersama.
Tak kira jika outstation mahupun balik kampung, mesti tak tinggal punyer.
Dia lah Ameda - Lactaline Dual Breastpump
- Jadual pumping di pejabat biasa bermula @ 10.30-11am , @ 2.30-3pm dan @ 5.30-6pm. Kebiasaan nye me akan berjemaah pumping. Rutin ini membuatkan kami akan sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Maklum ler kekadang leka buat kerja sampai terlepas waktu mengepam.
- Kalau dahulu me pumping di surau, kini tidak lagi. Alhamdulillah kami berjaya memohon bilik penyusuan di pejabat. Ketika nih ada 6 ibu yang ekslusif pumping di pejabat dan 2 lagi ibu yang akan menjejaki langkah kami. InsyaAllah.
Ni pot mengepam kami
yang hujung skali tuh...ada nampak my bag penyusuan??
- Sebelum sesi pump bermula, me akan pastikan mata ke dinding bilik penyusuan kami. Nak tau mengapa?? Di situ ada ditampal Doa & zikir untuk menyusu. Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Berdoa - Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..." Lebih menarik doa dan zikir tu hasil tangan me dan anak kesayangan. Tak percaya jemput lihat entry di sini.
Tadaaaa...
DOA dan ZIKIR untuk penyusuan
- Selesai mengepam, Me akan labelkan dulu susu yang sudah diperah dengan tarikh & masa mengepam. Ini penting yer. Me menggunakan masking tape sebab bila membuat penyimpanan dalam storage bag tak perlu lagi untuk membuat label baru. So jimat masa & kos.
Label - tarikh dan masa
- Susu yang sudah dilabelkan akan disimpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama ice pack. Kebiasaannya, hasil penyusuan di 3x di pejabat me dapat dalam 18-22 oz. Alhamdulillah. Thank you to Allah atas rezeki yang dikurniakan.
Ini my cooler bag cum sumber inspirasi di kala mengepam.
Gambar anak-anak...
Sangat ler penting untuk merangsang mood pumping & stimulasi semasa pumping.
- Selesai mengepam & menyimpan, tibalah waktu untuk membersihkan pump yang telah digunkan. Kelebihan Ameda - Lactaline Dual Breastpump adalah tidak banyak parts yang perlu dicuci. Hanya perlu menyuci corong pump dan diagfram pump. Ini sangat ler menjimatkan masa. Siap mencuci bagai, semuanya sedia disimpan di dalam bag penyusuan semula. Mudah kan.
macam-macam boleh sumbat tau dalam bag nih...
***
Semasa di rumah...
- Apabila di rumah me lebih gemar menggunakan kaedah tendum pumping - sebelah payudara bagi baby menyusu, sebelah lagi pump. Kebiasaannya hasil perahan momma dalam 5 oz.
- Biasanya sebelum ke pejabat, me mesti pump 1x. Sejak mula kerja jadual pumping kul 3.30am amat susah me nak follow sebab dah menyusu baring selalu terlelap skali dengan baby.
- Pulang dari pejabat, malamnya me juga akan pastikan tendum pumping 1x before menyusu lil Dzakirah untuk tidur. So total 1 hari me akan pumping 4-5 kali.
- Pernah juga me menggunakan Teknik Marmet - Teknik memerah menggunakan tangan. Ini berlaku bila me tertinggal corong pump di pejabat. Teknik ni memerlukan latihan dan kesabaran yang tinggi dalam melaksanakannya. Bayangkan me amik masa dalam 15 minit untuk setiap breast... so total 30 minit. Lenguh gak kepala ni menunduk. Tapi alhamdulillah hasilnya... tadaa. Entry penuh disini.
- Susu yang sudah diperah kemudian akan dilabel dan disimpan dibahagian bawah peti sejuk.
- Semasa pulang bermalam di rumah emak, pernah me terlupa bawa cooler bag dan ice pack. Cuak ler juga. Macam maner nak bawa EBM me nanti. Nasib baik hubby ada idea. Seeloknya jangan kasi beku EBM tuh sebab mudah untuk bawa travel balik... kalo beku takut cair. Tapi kalo stay lebih dari 3 hari kene la buat beku yer. Seelok-eloknya drive terus balik rumah jangan singgah-singgah.
Step 1 : Anda perlukan ice yang banyak dan bekas termos makanan (ala yg utk tahan panas tuh..). Lepas tuh Masukkan ice dan EBM dlm bekas. Susun secara berselang seli dengan ice
Step 2 : Pastu penuhkan ice secukup rasa di atas skali bekas tuh
Step 3 : Lepas tu tabur garam kat ice batu tu banyak-banyak. Tujuannya utk melambatkan ice tu mencair dengan cepat semasa dalam perjalanan
Step 4 : Last skali jangan lupa tutup bekas tuh dan angkut skali masuk kereta.
Teras kejayaan penyusuan susu ibu adalah...
SEMANGAT, KEINGINAN si ibu... untuk berikan yang terbaik pada anaknya...
ILMU pun kena ada supaya tahu fakta dan apa yang berlaku sepanjang penyusuan...
KUMPULAN SOKONGAN... perlu untuk memberikan peransang yang berterusan...
DOA jgn dilupa sebab kita berusaha...
ALLAH yang menentukannya...
***
my purchased Adrini’s products...
Qistina Nursing Top (saiz L) - RM72
Sehari sebelum bersalin
Since mengandung lagi me dah pakai... punyer la tak sabar
sangat selesa yer kain nyer lembut dan memberi
Breastfeeding with nursing wear sangat mudah
Angun selesa, Aurat terpelihara
Baby pun happy ... kenyang terus terlena
Sebab tu bila Adrini's year end sales me terus grab lagi product Adrini's
Adrini's kurung Tradisional - Soleha (saiz S) - RM126
Since me existing customer me bukan sahaja dapat 10% diskaun
malah tambah lagi 8% diskaun
best kan?!! Kalo beli kain & tempah pun mahal lagi
Bukan setakat breastfeeding mudah malah nak mengepam pun mudah
tak caya cuba la!!
Kain corton yang sangat selesa dan tak panas...
My suggestion
Terus pelbagaikan your Nursing wear Design
dengan design yang lebih anggun, selesa dan aurat terpelihara...
sebab kami pasti menjadi peminat no.1 Adrini's
***
Prizes are sponsored by:
1 comments:
Salam,kak...Good luck yea...suka entri akk ni..akk idola saya dalam BF..
Terima ksih bagitau ttg result contest Weego hari tu...Jemput singgah blog saya yea
http;//ummuabdullahsyaakir.blogspot.com
Post a Comment